Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bimbang dengan trend penurunan peratus keluar mengundi dan menasihati mereka supaya menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Dalam satu video ringkas, Amirudin yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DU) Sungai Tua dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini merayu supaya pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Kata beliau juga, jumlah 44 peratus setakat pukul 3 petang tadi – kurang enam peratus daripada peratusan keluar mengundi dalam tempoh yang sama pada pilihan raya umum tahun lepas.

“Saya seru semua untuk turun mengundi tunaikan tanggungjawab, pilih demi kestabilan dan kemakmuran negeri Selangor,” katanya.

Setakat pukul 2 petang tadi, hanya 44 peratus telah keluar mengundi di Selangor dan dianggap antara yang terendah di negeri ini kali ini.

Difahamkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan itu bersamaan dengan sekitar 1,648,705 orang daripada 3,747,057 pengundi yang telah berdaftar di Selangor keluar mengundi di keseluruhan 56 DUN.

Hari ini lebih 3.74 juta pengundi Selangor  menunaikan tanggungjawab di 6,000 saluran pengundian di 997 pusat pengundian yang dibuka jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Sementara itu, rata-rata media sosial juga penuh dengan pelbagai komen pengguna keluar mengundi hari ini yang mendedahkan bagaimana kebanyakan pusat undian agak lengang.

Malah proses mengundi juga lebih cepat daripada kebiasaan ketiadaan kesesakan seperti pilihan raya sebelum ini. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah SPR kerana pengurusan pusat nengundi yang lebih baik berbanding sebelum ini menyebabkan keselesaan dan masa menunggu singkat dan mengelakkan penyebaran wabak.

Comments are closed.