KUALA LUMPUR – Sebanyak 42 laporan polis telah diterima di enam negeri yang terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), setakat pukul 6 petang tadi berhubung dakwaan kad pengenalan mereka digunakan oleh orang lain untuk mengundi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata laporan paling banyak diterima di Selangor iaitu 16, diikuti Kedah (sembilan) Pulau Pinang sebanyak (lapan), Terengganu (lima), Negeri Sembilan (tiga), dan Kelantan (satu).
“Kami menjangkakan laporan polis berhubung pemalsuan kad pengenalan akan meningkat selepas tempoh pengundian berakhir 6 petang tadi,” katanya dalam sidang media khas PRN di Bukit Aman di sini malam ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain.
Katanya polis akan memanggil akan memanggil saksi dan pengadu dalam masa terdekat untuk melengkapkan kertas siasatan. – BERNAMA