Reaksi calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas keputusan kemenangan Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) Kedah ketika di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar. Foto MOHD ADZLAN, 12 OGOS 2023.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah yang baharu dijadual akan mengangkat sumpah jawatan esok pagi di Istana Anak Bukit.

“MB akan angkat sumpah jawatan esok pukul 9 pagi. Selepas itu akan ada sidang media di pejabat MB di Wisma Darul Aman pukul 11.30 pagi,” kata sumber kepada MalaysiaGazette.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan mengangkat sumpah atau pun tidak. 

Pas sebelum ini menamakan semula Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Negeri.

Turut akan dikekalkan adalah Menteri Besar bagi Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri. – MalaysiaGazette