boo demokrasi UMNO Najib Puad
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Keputusan pilihan raya di enam negeri memperlihatkan parti UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, parti itu hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Menurutnya, walaupun bukan mudah untuk UMNO mencari formula baharu dalam mendapatkan semula kepercayaan orang Melayu namun parti itu tidak seharusnya panik sehingga mengambil tindakan meninggalkan Kerajaan Perpaduan.

“Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara. Mereka yang kalah dan berumur 45 tahun ke atas jangan bertanding lagi di pilihan raya akan datang.

“Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulen. Menteri UMNO mesti deliver.

“Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO. Parti perlu naratif baru yang sampai kepada pengundi,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

UMNO dalam PRN kali ini telah meletakkan 31 calon di Kelantan, Terenggganu (27 calon), Negeri Sembilan (17 calon), Kedah (14 calon), Selangor (12) dan Pulau Pinang (6 calon).

Bagaimanapun parti itu hanya mencatatkan kejayaan cemerlang di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 14 calon menang, menang dua kerusi di Pulau Pinang, dua di Selangor, satu kerusi di Kelantan dan tidak mendapat sebarang kemenangan di Kedah dan Terengganu.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. UMNO perlu ada kepimpinan presiden yang padu, bukan bergantung kepada PMX untuk memimpin parti itu?

    Apa2 pun tahniah kepada pengundi2 PN yang istiqamah berpegang kepada prinsip no Anwar no DAP. Hidup ini kenalah ada prinsip, barulah ada integriti dan dihormati.
    .

  2. ZAHID HAMIDI MUNAFIK ….NO ANWAR NO DAPIG….akan berkata apa aku kisah….yang penting aku dapat masuk kelengkang ANWAR dan menanti 47 KES MAHKAMAH DIGUGURkan….bak kata orang KEDAH lantak pi lah

    sprm dan spr pun DOUBLE STANDARD….segala jentera kerajaan media boleh digunakan oleh GOLONGAN munafikun….umumkan peruntukan KILAT dan JANJI BULAN BINTANG bertukar mimpi ngeri buat ZAHID ANWAR MUNAFIK serta sekutunya

Comments are closed.