Datuk Seri Idris Jusoh UMNO Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin
Datuk Seri Idris Jusoh

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa mengundurkan diri selepas kekalahan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN perlu mengambil tanggungjawab atas kekalahan itu.

“UMNO kalah teruk di PRN, semalam. UMNO kalah 100 peratus di Terengganu. (Ahmad) Zahid Hamidi perlu letak jawatan,” tulisnya dalam satu hantaran ringkas di Facebook hari ini.

Semalam, keputusan PRN di enam negeri menunjukan BN merekodkan rekod kekalahan terburuk dalam sejarah parti itu.

Parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi ditandingi di Selangor, Terengganu, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Di Terengganu BN gagal menawan mana-mana kerusi DUN termasuk mempertahankan 10 kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu iaitu Hulu Besut, Jertih, Kuala Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.

Lebih mengejutkan beberapa nama besar daripada BN termasuk dua bekas Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Said dan Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman kecundang di kerusi tradisi BN. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. ZAHID HAMIDI MUNAFIK ….NO ANWAR NO DAPIG….akan berkata apa aku kisah….yang penting aku dapat masuk kelengkang ANWAR dan menanti 47 KES MAHKAMAH DIGUGURkan….bak kata orang KEDAH lantak pi lah

    sprm dan spr pun DOUBLE STANDARD….segala jentera kerajaan media boleh digunakan oleh GOLONGAN munafikun….umumkan peruntukan KILAT dan JANJI BULAN BINTANG bertukar mimpi ngeri buat ZAHID ANWAR MUNAFIK serta sekutunya

  2. UMNO menang paling banyak di Negeri Sembilan ko tak nak puji plak yer? Di Terengganu tu kalah sebab ada pemimpin negeri bodoh mcm Idris Jusoh laaa..

Comments are closed.