Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta supaya tidak mencetuskan sepekulasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada waktu ini bukan lagi masa untuk berpolitik dan berpolemik, sebaliknya ia adalah waktu untuk semua pihak terus bekerja.

Pemimpin yang telah dipilih menurut beliau, perlu membuktikan prestasi khidmat bakti dan kerja masing-masing di negeri dan kawasan yang dimenangi.

“Tempoh empat hingga lima tahun lagi, berperanglah lagi dalam medan pilihan raya. Tidak perlulah lagi cetus pelbagai spekulasi mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

“Akta Anti Lompat Parti yang dilulus dan diwartakan hanya bermatlamat agar fenomena lompat-melompat sehingga menyebabkan kerajaan silih berganti sebanyak tiga kali dalam tempoh sepenggal tidak berulang kesekian kali,” katanya.

Asyraf Wajdi mengulas laporan media berkaitan kenyataan Abdul Hadi bahawa usaha menukar kerajaan persekutuan boleh berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) hanya memenangi pilihan raya negeri (PRN) di tiga negeri.

Menurutnya, politik yang tidak stabil boleh menjejaskan ekonomi hingga menyebabkan masalah kepada rakyat.

“Rakyat dan negara sudah cukup terseksa apabila politik tidak stabil hingga menjejaskan ekonomi. Sekarang masa untuk bekerja dan melaksana segala apa yang dijanji,” tegas Asyraf Wajdi.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, meskipun PN tidak memenangi tiga negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan namun gabungan tersebut telah memperoleh banyak kerusi pada PRN ini.

Menurutnya, keputusan PRN menunjukkan terdapat lonjakan baharu dan akan beri perubahan.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, perubahan menukar kerajaan boleh berlaku memandangkan negeri terlibat merupakan kerajaan campuran termasuk ada parti politik yang mengalami krisis dalaman parti.

Beliau juga mendakwa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional serta Sabah dan Sarawak menunjukkan rasa kurang selesa berada dalam kerajaan sedia ada. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Asyraf pun buat formula kelaut? woy tin KOSONG kalau dah percaya AKTA LOMPAT PARTI sembang la yang berguna Hal lain… yang kau SANGAP sangat dengan kenyataan TG Hadi tu dah KENAPA??? BANGANG tu lah Sanusi sebut.. Bangang itu lah Rafizi Ramli katakan… BANGANG ini memang padu ANWAR IBRAHIM kata… boleh bagi ke Asyraf UMNO tu…..

Comments are closed.