waris sulu
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya UMNO perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan diperjelaskan lagi kepada anggota parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata gabungan perpaduan yang berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini bukan sebahagian daripada kerajaan negeri, sudah menjadi sebahagian daripada pembentukan kerajaan negeri.

“Kita (UMNO) ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada aspirasi perpaduan selain beri kepercayaan kepada gabungan ini untuk membentuk kerajaan di tiga negeri.

“Sambil itu, kita juga akan ambil kira setiap maklum balas untuk BN meningkatkan prestasi, pendekatan dan pelaksanaan khidmat untuk rakyat di seluruh negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Azalina beliau bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan perlu meneliti dan mempertingkatkan pemilihan calon, jentera, manifesto, polisi dan atur kerja kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Masa yang lebih panjang ini pasti akan memanfaatkan semua peringkat akar umbi dalam memastikan penjajaran serta kefahaman dapat dibentuk dengan lebih kukuh pada masa akan datang, katanya.

Beliau berkata tempoh singkat lapan bulan sejak pembentukan gabungan perpaduan BN-Pakatan Harapan selepas berpuluh tahun di arena pilihanraya sebagai seteru politik, adalah ujian pertama kesefahaman gabungan ini dan ia berjaya dilalui dengan baik.

Menurut Azalina ini diperkukuhkan lagi dengan angka diperoleh iaitu gabungan Perpaduan berjaya meraih 49.58 peratus iaitu 3,399,472 undi di keseluruhan enam negeri berbanding Perikatan Nasional yang ketinggalan 17,000 undi pada 3,382,455 (49.33 peratus).- BERNAMA

2 Komen

  1. UMNO hanya ada PENJAJARAN PILIHAN.. sehala SURUH ZAHID HAMIDI blah…
    sehaluan… humban je ZAHID HAMIDI
    sebabnya kerana dia… UMNO kalah di KEDAH.. EMPAT Lima kali sehari tu ZAHID ber..agogo di KEDAH… MKT UMNO jangan semakin berfikir menjadi BANGANG TIDAK BERTEMPAT

  2. yang sebetulnya umno kena buangzahid hamidi tu, zahid orang paling tak berguna dalam umno

Comments are closed.