Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Pimpinan DAP Pusat bersetuju mencadangkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO menjadi salah seorang Exco Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Jawatankuasa Tertinggi Pusat dalam mesyuarat malam ini mahu wakil rakyat itu dipilih oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yew.

Cadangan itu dibuat selaras dengan dasar Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Dalam Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang, dua calon BN dari UMNO menang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dan Sungai Acheh.

Kedua-duanya adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Rashidi Zinol.

Terdahulu Anthony mengucapkan terima kasih kepada pengundi PH terutama DAP dalam PRN kali ini.

Beliau juga yakin kerjasama antara PH dan BN terbukti berkesan apabila berjaya memenangi tiga negeri terutama di DUN Sungai Pelek, Selangor yang majoritinya Melayu sedangkan calon PH merupakan seorang Cina.

“Kita menang 31 dari 36 kerusi dan ternyata kerjasama (PH dan BN) jelas formula kejayaan pilihan raya,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Elok dan tepat sangat la tu! Pemimpin2 UMNO dimata akar umbi sangat kemarok dengan jawatan sehingga sanggup membelakangkan prinsip no Anwar no DAP.

    Mereka akan dihukum dengan lebih keras lagi dalam PRU16 nanti. Ayuh anak2 muda Johor, Pahang, Melaka kita bangkit! Tetap istiqamah! Contohilah semangat anak2 muda Trengganu, Kelantan, Kedah, Selangor dan P Pinang.

Comments are closed.