Foto: JBPM Perak

IPOH – Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki Melayu tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki Melayu turut disahkan maut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata, pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast