Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki termasuk anggota penguatkuasa ditahan kerana disyaki menerima suapan sebanyak RM105,000 untuk kemasukan warga asing, tahun lalu.

Menurut sumber, kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40-an ditahan sekitar jam 1 tengah hari di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor ketika hadir memberi keterangan.

“Hasil siasatan awal mendapati rasuah itu bagi mendapatkan surat jaminan kemasukan warga asing ke negara ini untuk bekerja sebagai sedangkan mereka bukan bekerja sebagai pelaut.

“Salah seorang suspek yang ditahan merupakan pemilik sebuah syarikat dan mereka dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut dari bulan September hingga Disember 2022,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Shah Alam jam 9.30 pagi.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) & 17 (b) Akta SPRM 2009, – MalaysiaGazette