Wataru Endo. Foto Sky Sports.

LONDON – Liverpool berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah skuad kebangsaan Jepun yang juga ketua pasukan VfB Stuttgart, Wataru Endo pada jendela perpindahan musim panas kali ini.

Berita itu dikongsikan oleh pakar perpindahan, Fabrizio Romano menerusi laman sosial media wartawan itu di mana Endo akan menyertai Liverpool dengan yuran skeita €18 juta.

Liverpool dilaporkan membuat tawaran mengejut kepada Endo selepas usaha mereka untuk mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton & Hove Albion dan Romeo Lavia dari Southampton menemui kegagalan.

Caicedo dan Lavia lebih berminat untuk menyertai Chelsea dan keadaan itu memaksa skuad kendalian Jurgen Klopp itu untuk segera mencari pengganti.

Selepas mendapat tawaran dari Liverpool, Endi tidak berfikir panjang dan dia meminta agar Stuttgart melepaskan beliau kerana ini merupakan peluang sekali seumur hidup untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Stuttgart menghormati permintaan ketua pasukan mereka dan Endo dijadualkan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat dan sekiranya semua berjalan lancar, maka beliau akan diperkenalkan sebagai pemain baharu Liverpool.

Endo mengikut jejak langkah rakan sepasukannya di skuad kebangsaan, Takumi Minamino yang beraksi bersama Liverpool.

Akan tetapi, pemain itu sudah berhijrah ke AS Monaco selepas gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama di Anfield.

Sebelum ini, Liverpool dikritikan kerana kelihatan tidak bernafsu pada jendela perpindahan musim panas ketika ini.

Selepas berjaya mendapatkan khidmat Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister, Liverpool kemudiannya seperti tidak bernafsu untuk menambah kekuatan pasukan khususnya di bahagian tengah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast