KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di dua daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor dan Gombak petang ini.
Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, cuaca sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette