Pelakon utama Nasha Aziz membawa watak sebagai Sumijah melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 19 OGOS 2023.

LAMA tidak melihatnya di pentas teater, kini kembali dengan monodrama Kopi Pangku.

Kali terakhir adalah pada 2014 menerusi teater Di Bawah Lindungan Kaabah.

Sekembalinya Nasha Aziz boleh dikatakan primadona teater is back. Monodrama Kopi Pangku menyerlahkan sisi lakonan bersahaja aktres tinggi lampai ini.

Pelakon utama Nasha Aziz membawa watak sebagai Sumijah melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Empat watak dalam durasi 45 minit, permainan jiwa Nasha begitu terserlah. Sekejap menangis, sekejap marah, sekejap sedih dan akhirnya menyanyi dan menari pula.

Begitulah emosi Nasha yang berjaya mengalih setiap perasaan pada satu pentas yang sama.

Intonasi dan gerak tubuhnya membuatkan penonton di Skor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka ikut bersama-sama dalam emosinya.

Ternyata pengalaman mematangkan pelakon ini ditambah suntikan penulis dan juga pengarah monodrama ini Dr Rosminah Tahir.

Pelakon utama Nasha Aziz membawa watak sebagai Sumijah melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Jalan cerita ringkas tetapi sarat dengan emosi telah membawa penonton bersama dalam diri Mek Jah.

Kehidupan Mek Jah yang terlihat luarannya begitu gembira menyambut setiap pelanggan di warung kopi pangkunya yang terletak di sempadan. Sambil menyanyi dan menari Mek Jah tidak lekang dengan senyuman.

Mek Jah seorang yang ceria bercerita mengenai tempat menarik yang berada di keliling warungnya.

Namun di dalam hati kecilnya, membungkam rasa amarah dan dendam kepada Bimu yang melarikan anaknya.

Bertahun memendam rasa, suatu saat, seorang wanita muda hadir membuatkan Mek Jah merasakan sesuatu.

Pelakon utama Nasha Aziz membawa watak sebagai Sumijah melakukan persembahan dalam pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Wanita muda yang dijaga sejak kecil oleh Mekubi iaitu kakak kepada ayahnya. Mekubi seorang yang garang.

Mek Jah merana dalam hidupnya. Emosi bersilih ganti. Di sinilah Nasha berjaya menukar setiap watak dengan begitu baik.

Dalam pada seronok itu, penulis mengandaikan jika kostum yang digayakan Nasha lebih mudah ditukar ganti, pastinya ia lebih menyerlahkan sisi lakonan pelakon hebat ini.

Dari satu baju kepada baju yang lain, Nasha mengambil sedikit masa, tetapi percaya atau tidak, kelewatan itu disembunyikan dengan emosi yang terserlah di wajah Nasha.

Barisan pelakon dan kru produksi bergambar selepas pementasan Teater Kopi Pangku & Gaun Baju Melayu di Stor Teater, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur. Foto WAN NABIL NASIR, 19 OGOS 2023.

Sama ada Mek Jah atau Mekubi atau Sutijah, Nasha berjaya menenggalamkan kelemahan kecil itu.

Hari ini pementasan monodrama memasuki hari terakhir pada jam 3 petang dan juga 8.30 malam.

Inilah naskhah terbaik lakona Nasha Aziz. Jom ramai-ramai merasai kopi pangku yang dibuat oleh Mek Jah ini.

Teater Kopi Pangku turut dipentaskan bersama teater Gaun Baju Melayu lakonan Ewan Fauzi yang juga hasil karya Siti Rohayah Atan.

Monodrama ini dipentaskan selama tiga hari berturut-turut bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos di Stor Teater DBP, Kuala Lumpur.

Kopi Pangku dan Gaun Baju Melayu diterbitkan oleh Persatuan Teater Malaysia dengan kerjasama DBP, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan CTRA Productions dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast