Penjawat awam di semua peringkat yang secara sengaja atau cuai serta tidak melaksanakan arahan kerajaan baharu wajar dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Datuk Mohamed Arshad Raji.

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) desak kerajaan mengambil tindakan drastik menghalang usaha mewujudkan logo Hari Kemerdekaan berbeza.

Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji menganggapnya satu cubaan mengkhianati prinsip federalisme di negara ini.

“Patriot mengutuk tindakan anti kerajaan seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga mahu tahu apa pendirian Bersatu dan Pas berkenaan isu yang sama.

“Tidak pernah dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan pada 1957 ada cubaan sebegini. Kenapa sekarang?” soalnya.

Patriot memandang serius cadangan untuk empat negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah pemerintahan Perikatan Nasional yang bercadang mahu menggunakan logo Hari Kebangsaan 2023 berbeza dengan kerajaan Pusat.

Beliau juga menganggap ia cuba menghina institusi diraja. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PN cadang tema, logo Hari Kemerdekaan berbeza

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Angkatan Tentera tak undi kerajaan perpaduan. Buat apa nak bela mereka dengan pelbagai keistimewaan dan peruntukan. Mereka tak akan berterima kasih dan kenang budi.Buang mssa dan wang rakyst.

Comments are closed.