Bienvenido Maranon (tengah). Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Bekas bintang JDT, Bienvenido Maranon menjadi antara pemain yang dipanggil untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan Filipina bagi kem latihan pusat pada bulan depan.

Dia yang beraksi sebagai penyerang dipanggil bersama dua lagi bintang negara itu iaitu Patrick Reichelt dan penyerang muda berdarah Denmark, Sebastian Beraque Rasmussen.

Maranon pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan musim lalu tetapi lebih banyak diturunkan bersama JDT II.

Musim ini, Maranon beraksi pasukan Liga 2 Thailand, Chantaburi FC dan dia yang berusia 37 tahun ini kekal menjadi pilihan ketua jurulatih The Azkals, Micheal Weib.

Pemain kelahiran Santa Maria, Sepanyol itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas beraksi bersama pasukan seperti Ceres Negros, JDT.

Maranon memiliki rekod jaringan yang baik ketika beraksi di Liga Fipilina apabila meledak 65 gol dalam 85 penampilan.

Secara keseluruhannya, bekas peledak Cadiz CF ini merekodkan 71 gol dalam 123 penampilan peringkat kelab.

Ketajamannya ditagih untuk memantapkan jentera serangan Filipina yang akan berdepan Taiwan dan Afghanistan bagi aksi persahabatan September ini.

Turut dipanggil pemain yang beraksi di Liga Malaysia iaitu penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza dan pemain tengah Kedah, Manuel Ott. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast