LONDON – Kapten Manchester United, Bruno Fernandes pelik dengan keputusan pengadil perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur, Michael Oliver.
Selaku ketua pasukan, dia meragui beberapa keputusan pengadil terutama mengenai situasi bola yang jelas terkena tangan pemain pertahanan lawan dalam kawasan mereka sendiri.
Situasi itu terjadi tepat apabila rembatan Alejandro Garnacho terkena tangan Cristian Romero.
“Insiden itu kemudiannya disemak oleh VAR dan pihak pengadil telah sepakat bahawa tiada kesalahan yang dilakukan oleh Romero untuk diberikan penalti kepada United.
“Anda perlu bertanya kepadanya. Saya harap mereka melakukan penjelasan mengenai ini supaya mereka boleh menjelaskan sendiri mengenai keputusan itu.
“Secara jujur, ia adalah penalti yang jelas,” katanya selepas perlawanan.
Awal pagi semalam, United telah bermain dengan baik terutamanya pada separuh masa pertama namun tewas 0-2 menentang kepada tuan rumah di tempat lawan.
Sepanjang aksi tersebut, United meraih beberapa peluang terbaik menerusi Marcus Rashford, Casemiro, Bruno Fernandes dan Antony, namun semuanya gagal disudahkan menerusi jaringan. – Agensi