Sebanyak 117 motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan termasuk mengubahsuai ekzos bising dalam ops motosikal yang dijalankan antara 17 hingga 19 Ogos lalu di beberapa kawasan di Ibu negara oleh JSPT KL.Ihsan JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang remaja menggunakan nombor pendaftaran ‘Nasty Port Flow’ mengundang padah apabila diberkas polis dalam sekatan jalan raya Op Motosikal yang dilaksanakan bermula 17 hingga 19 Ogos lalu.

Ketua JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, remaja warga tempatan berusia 17 tahun itu ketika disoal siasat memberi alasan kononnya nombor pendaftaran motosikal tersebut dipasang sekadar suka-suka.

Katanya, Ops Motosikal itu dikuatkuasakan dengan melibatkan seramai 173 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur menumpukan beberapa lokasi di sekitar ibu kota.

Antaranya Jalan Sultan Ismail, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuantan, Jalan Ampang, Jalan P Ramlee dan Jalan Tun Razak.

Menurutnya, motosikal berkenaan disita di Balai Trafik Jalan Tun H.S.Lee untuk tindakan lanjut.

Antara 117 motosikal yang disita atas pelbagai kesalahan termasuk mengubahsuai ekzos bising dalam ops motosikal yang dijalankan antara 17 hingga 19 Ogos lalu di beberapa kawasan di Ibu negara oleh JSPT KL.Ihsan JSPT KL.

Tambah Sarifudin, operasi turut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi pengujian ekzos bising.

Menurutnya, dalam Ops Motosikal itu, polis telah mengeluarkan sebanyak 741 saman atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan jala raya.

Motosikal yang disita ditempatkan di Balai Trafik Jalan Tun H.S.Lee.

Selain itu, 115 buah motosikal yang diubahsuai dan tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 turut disita.

“Kita menyiasat dan mengambil tindakan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tegas Sarifudin lagi, JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi motosikal pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan.

“Keselamatan melibatkan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan polis selain memastikan peraturan jalan raya sedia ada sentiasa dipatuhi oleh semua.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti samseng jalanan boleh menyalurkannya kepada Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast