KUALA LUMPUR – Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Yean Wai Nye, rakan kongsi T. H. Kuan & Co.
Sebagai rakan kongsi tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit entiti berkepentingan awam (PIE), Yean telah gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang berkaitan, khususnya mengenai penilaian muhibah.
Yean gagal mencabar andaian utama yang digunakan untuk unjuran kewangan dan menilai kesesuaian kerja pakar sebagai bukti audit dalam mengaudit penilaian rosot nilai muhibah oleh pengurusan.
AOB menekankan, penilaian rosot nilai muhibah adalah penting memandangkan ketidaktentuan ekonomi dan persekitaran perniagaan yang berkembang.
Oleh itu, ia memerlukan tindakan dan pertimbangan sewajarnya.
Pematuhan piawaian pengauditan semasa mengaudit penyata kewangan PIE adalah syarat pendaftaran untuk pendaftar AOB.
Oleh itu, AOB tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap juruaudit atas ketidakpatuhan piawaian pengauditan dan syarat pendaftaran, katanya. – MalaysiaGazette