Gambar hiasan

KUALA KANGSAR – Perubahan iklim telah menyebabkan pergolakan harga biji kopi dan keadaan itu dijangka menyebabkan kenaikan harga minuman kopi di Malaysia.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura, Wong Teu Hoon berkata, pihaknya akan berbincang dengan pembekal sebelum peniaga menentukan sama ada harga akan dinaikkan.

“Buat masa ini, harga minuman kopi belum naik tetapi semua peniaga bersedia menghadapi kenaikan.

“Sebagai persatuan yang mengambil berat akan keperluan pengguna, kami pasti akan berbincang dengan pembekal bagi memastikan sebarang kenaikan tidak membebankan pengguna,” katanya seperti dipetik China Press selepas menghadiri satu program di Kuala Kangsar.

Teu Hoon turut menasihatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan kerana tindakan itu mungkin menyebabkan mereka kehilangan pelanggan.

Beliau juga berharap kerajaan dapat mengambil langkah yang berkesan untuk mengekang inflasi.

Katanya, walaupun pelbagai langkah telah diperkenalkan kerajaan sebelum ini untuk menghadapi kenaikan kos sara hidup, tetapi tindakan berkenaan dilihat kurang berkesan. – MalaysiaGazette