KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) telah melakukan post-mortem terhadap kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah menerima laporan daripada penerangan dan ‘war room’ gabungan itu selepas keputusan tidak menyebelahi BN.
“Kita telah melakukan post-mortem melalui mesyuarat biro politik setelah kita menerima laporan daripada penerangan dan juga warroom,” katanya dalam sidang media Himpunan Solidariti Wanita bersama Presiden ‘Mempertahankan Institusi Presiden’ di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Justeru itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan turun ke 191 cawangan UMNO bagi menemui semua kepimpinan di peringkat akar umbi.
“Kita tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya kita akan mara ke hadapan. Saya sendiri akan turun ke 191 bahagian di seluruh negara.
“Saya berhajat untuk bertemu bukan sahaja kepimpinan empat peringkat tapi juga ketua cawangan, ketua Wanita dan Ketua Pemuda Cawangan.
“Ertinya saya mahu menemui semua kepimpinan di seluruh peringkat. Saya harap ini adalah pusingan pertama dan kita ada masa yang pada saya sehingga pusingan kedua boleh bertemu dengan ahli-ahli di peringkat cawangan, ” katanya.
Program anjuran Wanita UMNO itu turut dihadiri lebih 1,000 wanita dari 13 negeri dengan berikrar untuk mempertahankan institusi Presiden UMNO.
Turut hadir adalah ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan naibnya, Datuk Norliza Abdul Rahim.
Pada PRN di enam negeri, Barisan Nasional (BN)-UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 DUN yang dipertandingkan.
Di Kedah dan Terengganu, BN gagal memperoleh satu kerusi. Di Selangor dan Pulau Pinang, BN hanya menang dua kerusi dan di Kelantan satu kerusi.
BN hanya memperolehi 14 dari 17 kerusi yang dipertaruhkan di Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI nak turun sendiri ke kawasan 191 Bahagian UMNO ini paling cepat hampir-hampir SETAHUN….. bila nak buat kerja? Makan GAJI BUTA atau GAJI HARAM? ZAHID HAMIDI ni nak dahulukan apa? kalau nak urus parti… fokus parti dan letak jawatan Menteri..