Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan bercakap pada sidang media selepas Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AIZAT ZAINAL, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Penangguhan pertimbangan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempunyai implikasi politik tersendiri kepada UMNO, terutama ketika parti itu sedang berusaha mengukuhkan kembali sokongan akar umbi.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shah Zanuriman Nuar Paras Khas berkata, dalam politik, soal untung dan rugi perlu dilihat berdasarkan masa serta keadaan semasa.

“Kalau bercerita pasal politik, mesti bercerita pasal untung dan rugi pada waktu yang tepat, pada masa yang betul.

“Mungkin untuk melepaskan Datuk Seri Najib pada hari ini, ia bukanlah waktu yang sesuai,” katanya kepada MalaysiaGazette pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Beliau berkata, UMNO perlu melihat perkembangan itu dalam konteks lebih besar, termasuk keadaan politik semasa serta persediaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (RPU16).

Namun, katanya, penangguhan tersebut tidak bermakna UMNO perlu mengambil tindakan terburu-buru.

“Ahli UMNO sendiri sejujurnya majoritinya masih lagi belum dapat berita ini secara menyeluruh.

“Kita boleh tengok respons ahli-ahli UMNO selepas ini,” katanya.

Permohonan pengampunan itu merupakan permohonan kedua Najib selepas hukuman penjara asalnya dikurangkan pada 2024.

Najib kekal dipenjarakan sejak 2022 selepas sabitan kesalahan berkaitan 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here