Mohamed Salah. Foto Sky Sports.

LONDON – Liverpool kekal dengan pendirian untuk tidak melepaskan penyerang utamanya, Mohamed Salah biarpun berdepan tawaran lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Ittihad

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini kehilangan khidmat Fabinho yang menyertai kelab berkenaan, namun Al-Ittihad masih belum berpuas hati apabila cuba melihat potensi untuk mendapatkan Salah sebelum jendela perpindahan kali ini ditutup.

Salah akan dicemuh oleh peminat Liverpool sekiranya berminat untuk menerima tawaran lumayan terbabit, namun ejennya, Ramy Abbas sebelum ini mendedahkan bahawa kliennya itu mengesahkan komitmennya di Anfield.

Bagaimanapun, Salah dikatakan tidak menutup pintu mengenai peluangnya menyertai kelab tersebut kerana perpindangan itu mungkin bersambung pada musim panas tahun hadapan.

Salah bakal menerima pendapatan paling mahal dalam sejarah Liverpool apabila menandatangani kontrak lanjutan pada musim panas tahun lalu yang menyaksikan dia menerima pendapatan mingguan sebanyak £350,000 (RM2.05 juta) dan berbaki dua tahun kontrak.

Kehilangan Salah ketika jendela perpindahan berbaki kurang seminggu sahaja lagi bakal memberikan impak besar buat The Reds terutama untuk mendapatkan calon pengganti.

Pada awal musim panas lalu, Al-Ittihad hadir dengan tawaran lumayan apabila sanggup memberikan kontrak dengan nilai £77 juta (RM451.07 juta) setahun sekiranya Salah sanggup menyertai mereka yang turut memiliki N’Golo Kante dan Karim Benzema. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast