Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan komitmennya untuk memastikan calon Parti Amanah Negara (Amanah) beroleh kemenangan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) minggu depan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan (PH), UMNO dan BN pasti serta yakin Suhaizan Kaiat dan Ir. Nazri Abdul Rahman dapat mengekalkan kerusi masing-masing.

“Seluruh jentera BN Pulai berikrar untuk membantu dan bekerja kuat bagi memenangkan Parlimen ini dengan gabungan Kerajaan Perpaduan BN-PH demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Malam tadi, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan dengan jentera BN Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Pulai.

Perjumpaan itu turut dihadiri Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan barisan kepimpinannya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Asyraf Wajdi Dusuki tak baca BUKU ke? MP PKR kabo dah UMNO ni buat sementara je jadi rakan bentuk kerajaan sekarang… UMNO untuk PRU 16 jangan KALIH-KALIH untuk mengutuk DAP PKR PAN pulak bila ditunjuk JALAN MENYENDIRI… harap sekurang-kurangnya PRU 16 nanti LEKAT SORANG MP UMNO untuk kekal wakil PARTI KERAMAT sebagai PEMBANGANG.

Comments are closed.