Penyanyi, Nabila Razali

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikatakan telah melangsungkan pertunangan dengan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani.

Difahamkan majlis pertunangan yang diadakan pada malam kelmarin di rumah barunya di Selayang dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Bagaimanapun tarikh mereka akan bernikah tidak dinyatakan, namun dijangka akan berlangsung pada tahun depan.

Sebelum ini ura-ura mengatakan peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands.

Nik Iruwan yang berusia 37 tahun merupakan ahli perniagaan yang terlibat dalam pembangunan pelumba negara melalui sukan go-kart sejak tahun 2008.

Nik Iruwan turut menguruskan empayar perniagaan keluarganya.- MalaysiaGazette