Suhaizan

JOHOR BAHRU – Calon Parlimen Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Kulai, Suhaizan Kayat akan berusaha menyantuni semua pengundi termasuk kumpulan akar umbi daripada Barisan Nasional (BN).

Sokongan pemimpin BN peringkat cawangan sangat diperlukan terutama untuk memberi kefahaman kepada ahli parti  mengenai kepentingan kerjasama Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Katanya, beliau juga telah turun berjumpa dan beramah mesra dengan beberapa ahli BN dan UMNO untuk mengeratkan lagi kerjasama semasa berkempen dan mendekati ahli parti gabungan itu.

Beliau tidak menidakkan bantuan daripada BN amat diperlukan ketika ini.

“Saya dalam pertemuan UMNO negeri bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini beliau sendiri menyatakan untuk menjelaskannya pada akar umbi UMNO. Kalau saya pihak luar yang menerangkan mungkin sedikit sukar tetapi kalau Datuk Khaled dan Datuk Seri Ahmad Maslan yang rapat dengan rakyat saya kira di Johor banyak tokoh UMNO boleh jelaskan.

“Sebelum ini penerangan ini tidak begitu mendalam tetapi kalau penerangan itu sampai ke cawangan dan turun ke akar umbi dan saya rasa ia akan beri penerangan lebih jelas kepada UMNO dan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas memberikan ceramah dan kempen di bilik gerakan PH-BN di DUN Perling malam tadi.

Dalam pada itu, Suhaizan turut berjanji akan menjalankan amanah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam mendepani cabaran sekiranya diberi peluang dan mandat.

“Memang Datuk Seri Salahuddin telah memberikan amanah kepada saya untuk menjaga kawasan Pulai. Saya kira ini peluang parti untuk saya teruskan legasinya sama ada di Parlimen Pulai dan seluruh negara.

‘‘Ini termasuklah merancang aktiviti untuk menjayakan isu melaksanakan perumahan, pendidikan sosial pembangunan insan dan lain lain lagi untuk teruskan usaha itu termasuk program Rahmah,” jelasnya.

Selain kempen PH, turut memulakan kempen hari pertama adalah calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar yang beramah mesra dengan peniaga dan orang awam di Pasar Malam Taman Cempaka.

Turut bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Pulai adalah calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Suhaizan Kaiat kata DIA perlukan UNDI UMNO hanya untuk ketika ini sahaja. Lepas ni sah sah terkontang-kanteng lah UMNO di PRU 16. DIA siap kata Salahhuddin dah amanahkan Parliament Pulai pada dia… tak tau lah arwah buat secara faraid atau wasiat padanya.. kena tunggu Suhaizan tunjukkan bukti. Mungkin kandungan wasiat itu telah dilihat atau dialamatkan kepada Nur Jazlan supaya TIDAK BEREBUT lagi … macam-macam ada tak tahu lah macam mana sebenarnya… pandai-pandailah pengundi Pulai nak kena KENCING atau nak kena CIRIT.

  2. 4 negeri yang Mat Maslan maksudkan itu semua negeri majoriti Melayu yang Umno pernah pimpin, tak terasa apakah bila Umno lesap tiada suara di tiga negeri itu dan hanya seorang wakil di Kelantan?

    Umno mungkin masih duduk dalam kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang tapi cuma ada dua kerusi masing-masing sahaja. Umno yang dulu memimpin hari ini bertenggek pada kekuatan dan ihsan parti lain termasuk DAP.
    Umno tahun 2004 dahulu punya 109 kerusi megah dan gagah, hari ini berbaki cuma 26 kerusi itu pun masih mahu berkokok dan dabik dada?

    Ambil formula MAT MASLAN///kita dh jadi keraaajan kenapa nak undi pembangkang
    ….
    kerrana TIADA PEMBANGKANG….ramai pimpinan Umnongok terus GILA KUASA JAWATAN POLITIK WANG RASUAH…PENYAKAU PROJEK2…yang sekarang di puja dn disayangi musuhnya ANWAR MUNAFIK pkr DAPIGS panKHIANAT…..DULU KINI dan SELAMANYA KENCING dan TEMBERANG

Comments are closed.