LONDON – Manchester United dilaporkan dalam fasa akhir untuk memuktamadkan membeli pemain tengah selain memancing penjaga gol Fenerbahce, Altay Bayindir untuk menjadi penjaga gol kedua pasukan itu.
Selepas berjaya mendapatkan khidmat Andre Onana, United kembali ke pasaran perpindahan untuk mendapatkan seorang lagi pemain di posisi berkenaan apabila Dean Henderson tidak bersedia untuk memanaskan bangku simpanan dan mahu berhijrah.
Henderson bakal menyertai Nottingham Forest dan Crystal Palace yang menyebabkan United tidak mempunyai pilihan lain kecuali mencari seorang lagi penjaga gol simpanan.
The Red Devils perlu membayar sekitar £6 juta termasuk bonus untuk mendapatkan Bayindir, namun masih belum ada sebarang keputusan dibuat oleh kelab Turkiye terbabit sama ada menerima atau menolak tawaran berkenaan.