Sebahagian pengundi orang asli di Sungai Temon, Johor Bahru. Foto MUHD NA’IM, 31 OGOS 2023.

GELANG PATAH – “Siapa yang ‘naik’ tu, janganlah lupa kami orang asli di sini,” itu luahan Tok Batin Sungai Temon, Salim Balon kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor September ini.

Katanya, masyarakat di situ hanya mahu hak mereka terutama isu penempatan dan pembangunan suku kaum itu diberi tumpuan.

Salim Balon

“Harapan kami  kalau boleh tempat ini dikekalkan terus walaupun kami ada masalah dengan lokasi menangkap ikan yang semakin terhad yang menyebabkan kadangkala kami pulang dengan tangan kosong.

“Nak ternak kupang pun tempat semakin kecil. Kalau tak dikekalkan pun, susunlah semula penempatan kami,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Dengan keadaan hidup yang semakin mencabar, Salim menaruh harapan pemimpin mana yang dipilih dapat memperjuangkan kehidupan mereka.

“Jangan bila sudah menang esok, lupakan kami pula,” ujarnya.

Tony Dana

Sementara itu, Tony Anak Dana, 55, meminta mana-mana calon yang dipilih tidak mengecilkan suara-suara mereka.

Paling penting, pemimpin yang menang kelak menunaikan segala janji-janji yang dibuat semasa kempen.

“Setakat ini kita memang sokong penuh BN, lebih-lebih lagi UMNO sebab parti ini banyak tolong kami. Sekarang BN bersama Pakatan Harapan,” tambahnya.

Liza Jaafar

Liza Jaafar, 41 pula berpandangan terlalu banyak keinginan dan harapan beliau kepada calon yang bakal memenangi PRK kali ini.

Sebagai pengundi, katanya, Liza berkata, sudah tentu dia mengharapkan lebih terbaik dan mahu Kampung Temon dikekalkan.

“Sekiranya calon yang menang bantu kami, kami juga akan bantu calon,” tambahnya.

Kira-kira 149 orang pengundi orang asli yang berdaftar di Parlimen Pulai akan keluar mengundi 9 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast