Anggota APM mengusung mangsa yang cedera akibat terperangkap kepala air di Lata Bayu Asam Jawa, Baling semalam.

BALING – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun agar berhati-hati dan segera meninggalkan kawasan tersebut jika terdapat tanda-tanda kepala air.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, ia susulan dua pengunjung di Lata Bayu, Asam Jawa di sini nyaris maut selepas terperangkap dengan insiden kepala air semalam.

“Bagaimanapun, kedua-dua wanita itu berjaya diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang.

“Seorang mangsa berusia 22 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan, manakala seorang lagi dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan media.

Sehubungan itu, Mohd Faizol menasihatkan orang ramai yang ingin melakukan aktiviti riadah di kawasan air terjun agar berhati-hati.

“Segera tinggalkan kawasan tersebut jika terdapat tanda-tanda berlakunya kepala air,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast