Ryan Gravenberch. Foto Sky Sports.

LONDON – Liverpool berjaya mendapatkan pemain tengah Bayern Munich, Ryan Gravenberch sebelum jendela perpindahan ditutup selepas kedua dua kelab bersepakat denagn harga 34 juta pound (RM198.89 juta).

Pemain berusia 21 tahun itu muncul pemain termuda Ajax Amsterdam tampil dalam aksi Eredivisie pada usia 16 tahun 130 hari.

Dia juga beraksi kali pertama di peringkat antarbangsa pada 2021 dan menjaringkan 1 gol dalam 11 perlawanan Belanda.

Dia akan menyarung jersi bernombor 38 yang sudah lima tahun tidak mempunyai pemilik di Anfield.

Gravenberch dijangka akan membuat penampilan sulungnya bersama Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Anfield esok.

Sebelum ini Liverpool telah mendapatkan tiga pemain tengah iaitu Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai serta Wataru Endo.

Kini, mereka melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain yang lebih defensif untuk mengisi bahagian tengah pasukan Liverpool.

Awal musim ini,  Liverpool sudah kehilangan Jordan Henderson dan Fabinho yang berpindah ke Liga Pro Saudi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast