Tharman Shanmugaratnam . Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada mantan Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam yang telah memenangi Pilihan Raya Presiden pada 1 September lalu.

Beliau mendoakan agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama di antara Malaysia dan Singapura terus utuh dalam semangat kekeluargaan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Selain itu, beliau mengharapkan Singapura terus makmur dan sejahtera di bawah kemudi Tharman.

“Selamat maju jaya kepada Tharman Shanmugaratnam sebagai Presiden baharu Republik Singapura!,” katanya dalam hantaran yang dikongsi menerusi Facebook.

Tharman, 66 tahun, pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura antara 2011 dan 2019, dan sebagai Menteri Kanan dalam Kabinet antara 2019 dan 2023. – MalaysiaGazette