KSU Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menerima sumbangan penaja sempena HSN2023
KSU Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menerima sumbangan penaja sempena HSN2023

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Sukan Negara 2023 peringkat kebangsaan (HSN2023) akan diadakan pada 14 Oktober depan di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan merasmikan sambutan HSN2023 dengan tema #FitMalaysia.

Menurut Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, HSN2023 akan menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekriasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober ini.

“HSN2023 merupapan agenda nasiolan yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup sihat,” katanya dalam sidang media sempena pelaksanaan Hari Sukan Negara 2023 di KBS hari ini.

Tambah Dr. Nagulendran, penganjuran HSN2023 juga selarang dengan kerangka Malaysia Madani dan Visi Sukan Negara 2030.

HSN2023 dijangka menarik penyertaan seramai 4.5 juta orang di seluruh negara.

Bagaimanapun, HSN2023 di Sarawak akan diadakan pada 28 Oktober bagi memberikan laluan kepada Sambutan Ulangtahun Kelahiran Yang di Pertua (TYT) Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Untuk rekod, edisi pertama HSN pada 2015 yang menempa nama dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjuran Aktiviti Sukan Terbanyak Secara Serentak dalam Satu Hari dengan jumlah 17,648 aktiviti sukan, berjaya menarik penyertaan keseluruhan seramai lebih lima juta orang. – MalaysiaGazette