Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengguna pakai rangka kerja kawal selia dalam menangani kandungan memudaratkan dalam talian dan ketidakseimbangan media yang serupa di Australia dan Kanada.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata, cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan yang menyentuh kaum, agama dan raja (3R), penipuan dan pancingan data, penjualan serta promosi bahan terlarang seperti dadah, penyamaran, serta penyebaran maklumat dan berita palsu.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan SKMM juga telah berbincang dengan platform dalam talian utama seperti Meta dan Google bagi mewujudkan rangka kerja pelesenan dan kawal selia.

SKMM berkata, cabaran yang dihadapi termasuk penyebaran kandungan memudaratkan berkaitan penderaan seksual kanak-kanak, perjudian dalam talian, kandungan
yang menyentuh Race, Religion and Royalty (3R), penipuan dan pancingan data, penjualan serta promosi bahan terlarang seperti dadah, penyamaran, serta
penyebaran maklumat dan berita palsu.

Menurutnya, mencontohi kedua-dua negara iaitu Australia dan Kanada, penglibatan KKD dan SKMM dengan platform dalam talian menunjukkan komitmen tidak berbelah
bahagi dalam menangani cabaran pasaran digital.

Antara cabaran yang dihadapi adalah ketidakseimbangan dalam Perbelanjaan Pengiklanan (ADEX) antara platform digital dan media tempatan bagi memastikan pampasan yang adil untuk pencipta kandungan berita.

Selain itu, usaha ini melangkaui pembayaran kepada pencipta berita semata-mata, krana ia juga merupakan titik permulaan bagi revolusi teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Susulan kelulusan Mandatory News Media Bargaining Code yang pertama di dunia, Google dan Meta telah membuat perjanjian pampasan sukarela dengan saluran-saluran berita, sebagai contoh berhubung kepentingan pampasan yang adil.

Begitu juga dengan Rang Undang-Undang C-11 Kanada yang bertujuan mengawal selia platform penstriman dan yang menggalakkan sokongan terhadap kandungan berkaitan negara itu.

SKMM berkata, pihaknya dan KKD mngakui kepentingan teknologi ini dan menyasarkan dapat melaksanakan peraturan serta amalan yang adil dan bijak.

Ini termasuk perancangan untuk menggalakkan persaingan yang adil, mengukuhkan hak harta intelek, melindungi pengguna daripada kandungan memudaratkan dalam talian
serta menjaga privasi pengguna.

Ketika Malaysia melakar perjalanannya dalam era digital, KKD dan MCMC komited untuk memupuk persekitaran di mana platform digital beroperasi secara adil dan
bertanggungjawab demi kepentingan awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast