Foto: JBPM

KUALA LUMPUR – Dua individu rentung apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori kontena di Jalan Kuala Garing, Rawang, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.53 pagi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati dua mangsa yang rentung melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan masing-masing berusia 26 dan 23 tahun.

“Kebakaran itu melibatkan kereta jenis Honda City yang terbakar 70 peratus manakala lori kontena terbakar 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, pemandu lori kontena itu selamat selepas sempat keluar dari kenderaan tersebut. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast