Seramai 31 pelajar dan guru di sebuah sekolah menengah di Shah Alam cedera di sengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti hiking di Sungai Lepoh Hulu Langat petang tadi. Kredit foto: APM

KUALA LUMPUR – Seramai 21 pelajar sebuah sekolah menengah dan 10 guru pengiring cedera akibat disengat tebuan tanah ketika melakukan aktiviti mendaki di sebuah pusat peranginan di Sungai Lepoh, Hulu Langat di sini hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) berkata dalam kejadian pada 1.50 tengah hari itu,  enam pelajar dikejarkan ke Hospital Ampang sementara 25 lagi termasuk 10 guru pengiring dihantar ke Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat bagi mendapat rawatan susulan.

“Enam pelajar yang dikejarkan ke Hospital Ampang ditempatkan di zon merah dan zon kuning. Keadaan mereka dilaporkan stabil, semua yang terlibat terlebih dahulu menerima rawatan awal di lokasi kejadian daripada anggota paramedik APM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, sebanyak 133 pelajar dan 10 guru pengiring daripada sebuah sekolah menengah di Shah Alam berada di rumah peranginan berkenaan bagi program kem kepimpinan sejak semalam dan dijadualkan tamat esok.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast