RABAT – Gempa bumi menggegarkan Maghribi lewat malam Jumaat mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban dan merosakkan bangunan di bandar-bandar utama di negara itu.
Kementerian Dalam Negeri Maghribi berkata, sekurang-kurangnya 296 orang terkorban di daerah yang berhampiran dengan wilayah dilanda gempa bumi.
Selain itu, seramai 153 orang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Kementerian tersebut berkata, kebanyakan bangunan yang mengalami kerosakan terletak di luar bandar.
Warga Maghribi turut menyiarkan rakaman video yang memaparkan kerosakan bangunan di bandar bersejarah Marrakesh, tapak warisan dunia Unesco.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berskala 6.8 Richter menggegarkan Maghribi pada jam 11.11 malam Jumaat, dengan gegeran berterusan selama beberapa saat.
Badan pemantau seismik kebangsaan Maghribi menyatakan gempa bumi itu berskala 7 Richter
Agensi AS itu melaporkan gegaran susulan berskala 4.9 Richter berlaku 19 minit kemudian. – Agensi