ANKARA – Seorang warga Amerika Syarikat yang terperangkap dalam gua ketiga terdalam di Turki sejak lebih seminggu berjaya dikeluarkan.
Mark Dickey terperangkap dalam gua berkenaan pada 2 September lalu selepas mengalami masalah perut.
Ketika itu dia berada di dalam terowong yang sempit, pada kedalaman 3,695 kaki.
Kira-kira 200 anggota penyelamat terlibat dalam operasi mengeluarkan Dickey yang disifatkan sebagai operasi bawah tanah terbesar dan paling rumit pernah dilakukan.
Kawasan terendah Gua Morca, di bahagian terpencil di selatan, mencapai hampir 1.3 kilometer (0.8 batu) di bawah tanah.
Lelaki itu dibawa keluar dari gua pada 12.37 malam waktu tempatan, menurut Persekutuan Gua Turki menerusi media sosial.
Dickey yang mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi untuk membawanya keluar berkata, dia tidak percaya akan selamat selepas keadaanya sangat teruk.
“Satu-satunya perasaan yang saya rasa adakah saya akan hidup. Pertanyaan itu seperti loceng dalam kepala saya.
“Kemudian saya mula muntah darah dan darah akan keluar dalam kuantiti yang banyak yang anda akan tinggal jika ia terus berlaku… dan sampai satu tahap saya berkata, ‘Saya tidak akan hidup’,” tambahnya.
Ibu bapa Dickey, Debbie dan Andy Dickey lega apabila anak mereka meninggalkan gua tersebut.
“Terima kasih kepada komuniti antarabangsa,” ujar mereka.
Dickey mengetuai pasukan untuk memetakan laluan baharu di dalam gua tersebut apabila dia mula mengalami pendarahan gastrousus.
Keadaan Dickey bertambah baik selepas dia diberi pemindahan darah, lalu diikat pada pengusung dan perlahan-lahan dibawa keluar.
Ini melibatkan navigasi melalui terowong batu yang ketat dan bahan letupan terpaksa digunakan pada titik paling sempit, menurut laporan CBS.
Operasi menyelamat itu disertai beberapa negara termasuk Croatia dan Hungary. – Agensi