KUALA LUMPUR – Aktres Jasmin Hamid mohon doa dari orang ramai supaya bebas daripada pengidap kanser rahim sambil memberitahu dia akan menjalani pembedahan kecil pada hari ini.
“Mohon doa dari kalian untuk Allah lancar dan mudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim.
“Saya ada cyst dan hormon saya dah huru hara hingga jadi pendarahan pada rahim saya,” tulisnya Instagram miliknya.
Sementara itu, Jasmin yang terkilan dengan sesetengah komen berkenaan potongan badannya memberitahu bahawa masalah kesihatannya itu merupakan punca utama berat badannya meningkat.
“Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk hingga ada kalanya kata-kata orang itu, mengguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan buatkan saya tertekan untuk berjumpa dengan sesiapa.
“Tak ada siapa pun dalam dunia ni nak gemuk termasuklah saya,“ katanya.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Anak Beranak Abe Yie memaklumkan dia sudah memafkan individu-individu yang melontarkan kata-kata mengguris hati kepadanya. – MalaysiaGazette