Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Beberapa hari selepas Parti Ikatan Demokratik (MUDA) menarik balik sokongannya terhadap Kerajaan Perpaduan, presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa peruntukan yang disalurkan ke kawasan beliau telah ditarik balik.

Syed Saddiq berkata, beliau mendapat pengesahan itu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sendiri.

“Dalam bab ini, saya dapat pengesahan daripada ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebaik saja saya berada di blok ini (pembangkang) peruntukan telah ditarik dan dikosongkan.

“Persoalan sama kepada semua ahli Parlimen pembangkang, yang saya yakin sehingga ke hari ini tidak dapat peruntukan. Dalam RM3.8 juta yang semua ahli Parlimen kerajaan dapat, RM2 juta boleh diperuntukkan untuk bina dewan, baik pulih sekolah dan bantu orang susah.

“Persoalan, kenapa ahli Parlimen kerajaan boleh dapat RM4 juta, pembangkang dapat RM0. Jawab kepada rakyat,” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Kementerian Pendidikan mengenai laporan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke 12 (RMK-12), hari ini.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian ketika mencelah membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (6).

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap Tan Kar Hing (PH – Tanjung Malim) yang mencelah semasa penggulungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Dewan Rakyat pada Selasa.

Dalam celahannya, beliau meluahkan kembimbangan apabila sentimen tiada peruntukan terus dimainkan sedangkan Kementerian Pendidikan menyalurkan sumbangan kepada sekolah tanpa mengira sentimen politik.

MUDA baru-baru ini mengumumkan untuk tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan dan akan duduk di blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Punca utama MUDA menarik sokongan antaranya, selepas Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Anwar dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang apabila Peguam Negara melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 kes pertuduhan ketika prosiding berada di peringkat bela diri.

Keputusan itu, katanya,  tanpa penjelasan meyakinkan, menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat secara umum. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Syed Sadiq pepandailah pertahankan MP untuk buat MADANON dan Walanon tewas PRU 16. Atur rancang dengan teliti insyaallah puak-puak tu akan meraung.

  2. Kenapa nak jawab kepada rakyat plak? Rakyat tetap dapat..cuma bukan melalui pembangkang..nak bantu rakyat tak semestinya hanya melalui YB Pembangkang..banyak saluran lain .apatah lg kalau YB tu kaki sakau mcm kamu dan Mudin Pagoh…kita bagi duit utk rakyat..dia plak yg samun! uftt

    • hahaha betul boss. nak sedekah orang mati pun harap duit negara. mereka tak faham ke sedekah itu dari hati budi diri sendiri. bukan hasil curi hasil tipu untok sedekah nak tunjuk aku orang baik . curi harta negara bagi kat parti sendiri lepas tu tak mengaku salah sebab dia cuma tolong ambil je untok orang lain . orang mengaku Islam pun sokong .

Comments are closed.