Sunday, December 15, 2024
Home Seni Hidup Dituduh bakal bercerai, Shila Amzah dakwa FB makin teruk

Dituduh bakal bercerai, Shila Amzah dakwa FB makin teruk

Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Muhammad Ubaidillah pada 4 Ogos 2023. - Gambar media sosial.

KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua bulan kahwin, tiba-tiba muncul spekulasi mengatakan penyanyi, Shila Amzah dengan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.

Gosip itu timbul selepas salah seorang pengikut di Instagram memaklumkan kepada Shila mengenai sebuah artikel di Facebook yang mengatakan rumah tangga selebriti itu kini berdepan masalah.

Enggan membiarkan ia menjadi salah faham, Shila menegaskan, berita yang dikongsikan di Facebook itu tidak benar dan tajuk click bait yang digunakan sememangnya sengaja mengundang fitnah.

“Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke… kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita,” jawab Shila.

Shila selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai dalam majlis pernikahah yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Sebelum itu, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu.

Untuk info, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast