Mohd Shuhaily Mohd Zain

KUALA LUMPUR –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan ahli keluarga seorang warga asing yang disyaki telah diculik sekumpulan individu berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mengesahkan perkara itu berkata, individu terbabit diselamatkan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Kontinjen Pulau Pinang dengan bantuan Bukit Aman.

Kata beliau, siasatan polis mendapati  warga asing itu terlibat dalam satu urusniaga di negara ini.

“Polis menerima laporan polis berhubung kejadian culik ahli keluarga kepada seorang warga asing,” katanya dalam  sidang media yang diadakan di Bukit Aman hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan diperincikan oleh Ketua Polis Pulau Pinang dalam satu sidang media khas berkaitan kejayaan kes itu pada Jumaat esok.-MalaysiaGazette