KUALA SELANGOR – Jumlah penagih dadah dalam negara meningkat 27 peratus untuk tempoh enam bulan tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 65 peratus penagih dadah adalah dalam kalangan belia yang kebanyakannya menggunakan dadah sintetik.

“Pada tahun lalu, penagih yang dikesan seramai 32,651,50 orang manakala tahun ini 33,379,50,” katanya pada pada Malam Majlis Makan Malam Apresiasi Media AADK 2023.

Menurut beliau, trend menunjukkan penggunaan dadah sintetik paling tinggi iaitu 67 peratus manakala selebihnya adalah dadah organik.

Sementara itu, Sutekno berkata, golongan belia mudah terpengaruh dengan dadah kerana kurang melakukan aktiviti berfaedah yang dapat mengisi masa lapang.

“Salah satu masalah yang kita kesan adalah golongan belia banyak menagih dadah kerana faktor masa yang senggang, tidak ada aktiviti yang dibuat,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau optimis sasaran mengurangkan penyalahgunaan dadah kurang 400 orang daripada 1,000 penduduk menjelang tahun 2025 dapat dicapai.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan kepada statistkik pada tahun lepas yang merekodkan 426 penagih dadah daripada setiap 1,000 orang.

Sutekno juga yakin sasaran menarik 1 juta orang menjadi ahli skuad antidadah akan tercapai menjelang pertengahan tahun depan dan kini seramai 120,000 orang telah menjadi ahli skuad tersebut.

Skuad antidadah berperanan untuk memberi kesedaran kepada golongan belia tentang bahaya dadah dan menggalakkan aktiviti yang bermanfaat.

Terdahulu Sutekno berkata, kadar pemulihan penagihan dadah dalam kalangan yang mengikuti program di bawah AADK tahun lalu adalah 71 bagi setiap 100 orang yang dirawat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. 6 bulan ni solid masa dibawah kerajaan PMX, poor governance, ianya pentunjuk KPI baharu yang dipaparkan. Mungkin ramai yang kecewa dengan PMX, tiada pekerjaan, harga barangan melambung, harga rumah melambung, harga minyak tak turun2, NATO dsb. Tiada kawalan?

    Minta pakar2 psikologi buat kajian, peace!

Comments are closed.