KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad digesa memberi penjelasan mengenai laporan media China bahawa bekas Perdana Menteri itu mempunyai RM830 bilion disimpan di sebuah bank di negara itu.

Ahli Parlimen Segamat, R.Yuneswaran berkata, jika dakwaan itu berasas, pihak berkuasa perlu membawa dana tersebut pulang ke Malaysia yang mana ia boleh menyelesaikan sebahagian daripada hutang negara.

“Jika perkara itu tidak berasas, Dr Mahathir dicabar untuk menyaman agensi media China terbabit. Boleh Tun M@chedetofficial beri penjelasan atau saman media China yang memfitnah?

“Dakwaan (tuduhan) terhadap Tun M oleh media Taiwan kini dipanjangkan oleh akhbar China Press? RM830 Billion di akaun bank di China?

“Hampir 65 peratus hutang negara dari RM1.5 trillion boleh diselesaikan kalau duit RM830 billion dikembalikan ke Malaysia,” katanya menerusi hantaran terbaru di akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Mahathir didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram secara rahsia di Taiwan, sewaktu beliau masih menyandang portfolio Perdana Menteri.

Laporan media Taiwan, news.ebc.net, mendakwa perbuatan itu dilakukan antara 1984 hingga 1999.

Dakwa news.ebc.net, ia melibatkan sejumlah RM830 bilion.

Dalam pada itu, Yuneswaran menggesa Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memberi maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

“President Parti MUDA tidak mahu komen ke?

“Kesian macai, yang turun demo nak selamatkan negara, orang atas sakau bilion dan hampir trillion!” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast