Barangan kemas yang hilang Foto: Suziyana Azmi

KUALA LUMPUR- Seorang peniaga, Suziyana Azmi, 44, mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila sebuah kotak yang mengandungi barangan kemas tercicir di kawasan perumahan Hijayu, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 7-10 pagi, 20 September lalu, mangsa meletakkan kotak barangan kemas berkenaan di atas bonet kereta dan terlupa sebelum memandu menghantar anak ke sekolah.

Tambahnya, kotak mengandungi enam utas rantai, dua gelang tangan dan tujuh bentuk cincin itu hanya disedari hilang selepas pulang dari menghantar anaknya ke tadika.

Orang ramai diminta menghubungi Suziyana Azmi sekiranya mengetahui mengenai barang kemas ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pos pengawal perumahan Hijayu mendapati kotak barang kemas tersebut masih kelihatan di bonet hadapan kereta mangsa semasa keluar dari persimpangan Hijayu 1 namun semakan CCTV di taska menunjukkan kotak berkenaan sudah tidak kelihatan.

“Perjalanan pagi itu dari Taman Hijayu 1 menuju ke Nusari Aman 1A melalui bulatan seremban 2,” kata mangsa ketika menghubungi MalaysiaGazette.

 

Sehubungan itu, mangsa meminta bantuan orang ramai yang mungkin  terjumpa atau mengetahui mengenai barangan kemas berkenaan boleh menghubungi Suziyana di talian 013-533 2151.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast