Foto: APM Perak

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di Perak, Sabah dan Sarawak kekal dengan 274 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 9 pagi ini.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan 38 mangsa daripada sembilan keluarga yang terjejas dari Kampung Matang Tengah di daerah Kerian ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Changkat Lobak.

Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak pula sehingga kini masih tidak boleh dilalui kerana keadaan air yang masih belum surut sepenuhnya.

Di Sabah 224 mangsa daripada 70 keluarga ditempatkan diĀ PPS Dewan Selagon yang dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir berikutan hujan lebat berterusan.

Di Sarawak pula seramai 12 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui. – Bernama