Assiten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin berucap pada Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Foto MUHD NA’IM, 26 SEPTEMBER 2023.

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah bersiap sedia untuk mengatur gerakkan aset-asetnya bagi menghadapi banjir.

Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan ATM, Mejar Jeneral Noorrul Azril Ariffin berkata, arahan telah dikeluarkan Panglima Angkatan Tentera dan antara aset-set yang akan digerakkan ialah bot serta trak tujuh tan.

Selain itu, katanya, kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) perlu dilakukan.

“Perkara itu sedang diselaraskan olah kita di peringkat negeri,” katanya selepas menghadiri Seminar Keselamatan Sempadan Negara 2023 anjuran Universiti Teknologi Mara, di sini, hari ini.

Menurut Noorrul Azril, Kelantan dan Terengganu akan diberituan selain Selangor berdasarkan banjir teruk yang melanda sebelum ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast