Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam beramah mesra bersama peniaga pada walkabout di pasar pekan sehari sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Chemomoi, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Rakyat diminta untuk lebih bijak menilai antara persepsi dan pencapaian prestasi Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Malah, pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  juga perlu mengambil kira kedua-dua faktor tersebut, kata calon BN, Datuk Amizar Abu Adam berkata, pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu mengambil kira berdasarkan prestasi yang telah dibuat sepanjang pentadbiran lalu.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa menambah baik kemudahan di Chemomoi untuk keperluan penduduk setempat dan nilai tambah akan sentiasa dipertingkat di kawasan berkenaan bagi memenuhi keperluan mereka.

”Rakyat perlu menilai sendiri antara prestasi dan persepsi, Kerajaan Negeri Pahang mempunyai prestasi yang sangat baik, cukup baik dalam pengurusan. Jadi rakyat kena pandai memilih,” katanya ketika ditemui di Felda Chemomoi hari ini,” jelasnya.

Armizar turut mengatakan manisfestasi pembangunan Felda yang dikecapi oleh peneroka serta generasi dinikmati dari dahulu sehingga kini.

Peneroka dan penduduk Felda telah mengecapi pembangunan sedikit demi sedikit sehingga usia mencecah separuh abad.

“Daripada saya membesar sampai umur 50, perbezaan amat jauh dari segi infrastruktur, ruang perniagaan di Chemomoi ini. Orang ramai datang dan ia sebagai pusat tumpuan.

”Felda Chemomoi antara tempat yang menarik dan banyak tempat makan. Ini antara perbezaannya, struktur amat luas.” katanya.

Justeru beliau berharap rakyat dapat menilai dengan baik dan menterjemah sokongan  terhadap BN pada Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober nanti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast