JOHOR BAHRU – Hasrat penduduk Kampung Plentong di sini untuk mendapatkan jambatan baharu seolah-olah tidak kesampaian apabila janji pemimpin di kawasan itu masih tinggal janji.
Jambatan yang menjadi penghubung jalan keluar masuk ke kampung itu terlalu uzur dan hampir runtuh disebabkan mendapatan tanah lebih lima tahun lalu.
Meskipun isu itu telah dikemukakan beberapa kali namun ia masih belum selesai meskipun Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim telah membuat lawatan pada Ogos lalu.
Seorang penduduk, Salman Ahmed, 57, berkata, stuktur jambatan konkrit yang merupakan laluan utama penduduk kampung disitu menjadi lebih teruk setiap kali hujan lebat.
“Walaupun tidak hujan pada bulan Januari hingga Mac tetapi air dari atas bukit memburukkan keadaan.
“Ada satu saluran longkang dan air di situ menampung terlalu banyak hingga kalbet tu runtuh.
“Sebagai penduduk yang kerap keluar masuk memang takut nak melalui jambatan ini. Bahaya kepada kami,” katanya kepada MalaysiaGazette
Bagi K Subramaniam Kaniapan,70, sehingga hari ini dia dan penduduk di kawasan itu masih menunggu janji Hassan yang mahu menyelesaikan isu itu.
Jelas beliau, jika dahulu setiap permasalahan yang diaju kepada pemimpin akan dibawa berbincang melalui perjumpaan penduduk kampung.
Namun kini ianya tidak lagi diamalkan dan sudah tentu menyukarkan penduduk.
“Sepatutnya setahun sekali buatlah mesyuarat nak tahu keadaan kampung. Sekarang setia masalah kampung di mana penduduk hendak sampaikan?
“Sekarang tiada apa -apa mesyuarat , masing-masing diamkan diri. Apapun kerosakan jambatan itu kerajaan mesti bertindak.
“Jika dahulu pemimpin Barisan Nasional senang kita nak hubungi, kita tahu. Tetapi Hassan Karim datang orang tidak beritahu kita dahulu,” katanya.
Sementara itu seorang lagi penduduk, Lechumanan Munusamy 70, pula berkata, masalah yang berlaku terlalu lama itu menimbulkan kesukaran baginya.
Lebih-lebih lagi ketika menggunakan laluan itu ketika waktu hujan atau waktu malam.
Menurutnya, paling dibimbangi jambatan yang uzur itu tiba-tiba runtuh.
“Dia orang (pemimpin) mahu janji bikin tapi hingga hari ini masih belum bikin (buat). Orang kampung tunggu lama sehingga kini masih belum bikin.
“Memang penduduk rasa takut sebab dahulu pecah sikit dan sekarang pecah semakin besar,” ujarnya.
Tinjauan MalaysiaGazette di mendapati jambatan itu kelihatan mendap di sebelah kiri dan permukaan yang merekah luas, dan boleh mencetuskan kemalangan kepada pengguna pada bila-bila masa.
Kenderaan yang melalui kawasan itu juga dilihat memperlahankan kenderaan masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.- MalaysiaGazette
Siapa yang salah Dah undi selain BN apa bolleh buat. Dulu masa undi tak nak ingat.