Muhammad Sharul Aimy. Foto ASEAN World 24 - Southeast Asia Network

KUALA LUMPUR – Gimnas negara, Muhammad Sharul Aimy Kamaru Hisam melakarkan sejarah apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol individu lelaki.

Kejayaan itu diraih selepas Sharul Aimy berjaya mengutip 14.466 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Huanglong hari ini.

Lebih mengejutkan apabila Sharul Aimy menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Korea Selatan, Shin Jea-hwan yang terpaksa akur menamatkan saingan di tempat keempat.

Pingat emas bagi acara itu dimenangi gimnas Jepun, Wataru Tanigawa selepas meraih 15.016 mata, manakala perak menjadi milik atlet dari Iran, Mahdi Olfati yang memungut 14.783 mata.

Kali terakhir skuad gimnastik negara merangkul pingat adalah menerusi Shu Wai yang meraih perak ketika temasya Sukan Asia Doha 2006 dalam acara yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast