BENTONG – Pahang mencatakan kadar pengangguran sebanyak 2.8 peratus pada suku kedua 2023, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, peratus itu rendah daripada kadar pengangguran nasional sebanyak 3.5 peratus.

Menurutnya, jumlah kehilangan pekerjaan yang dilaporkan kepada Perkeso sehingga 22 September lalu adalah seramai 767 orang.

“Jumlah penempatan yang berjaya dilakukan di negeri Pahang dalam tempoh yang sama adalah 3,562 orang.

“Terdapat sebanyak 5,385 kekosongan aktif di negeri Pahang setakat 22 September 2023 dilaporkan oleh portal perkhidmatan pekerjaan negara, MYFutureJobs,” katanya ketika berucap pada Karnival Kerjaya My Future Jobs bersama Hawa Malaysia di Felda Chemomoi, di sini, hari ini.

Tambahnya, tiga industri utama di Pahang menawarkan pekerjaan tertinggi ialah perkhidmatan, pertanian, dan pembuatan.

Sektor perkhidmatan menggajikan kira-kira 63% daripada tenaga kerja, sektor pertanian menggaji kira-kira 20% daripada tenaga kerja, dan sektor pembuatan mengambil kira-kira 11% daripada tenaga kerja, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast