IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun, ditemukan lemas ketika mandi di laut Pantai Pasir Bogak, di Pulau Pangkor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.05 petang.

Beliau berkata, jentera dengan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pangkor, tiba di lokasi kejadian pada 3.25 petang dan terus melakukan pencarian.

“Pada 3.29 petang, ketua operasi memaklumkan mangsa telah ditemukan orang awam dalam jarak tujuh meter dari pantai dan anggaran kedalaman tiga meter, sebelum usaha menyelamat mangsa secara resusitasi kardiopulmonari (CPR), dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor oleh EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabarodzi berkata operasi tamat pada jam 3.55 petang. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast